Follow Me

I'm Okay

Hai semua. Tiba-tiba kali ni Fara rasa nak luahkan sesuatu yang dah lama Fara pendam. hmmm Fara nampak gembira kan depan you all semua, fara ketawa, fara buat lawak, fara senyum dan bergurau dgn you all. Tapi hakikatnya fara sebenarnya menyembunyikan kesedihan dan kekecewaan fara.



Hmm entahla kenapa, hanya tuhan sahaja yang tahu. Fara sangat menyayangi seseorang tapi Fara diam je. Fara hanya memerhatikan saja tingkah laku nya. Fara tahu dia telah menyayangi seseorang, dan Fara tahu Fara hanya seorang kawan buat dia. Fara ada perasaan cemburu tapi apakan daya, fara bukan siapa-siapa bagi dia. Hanya yang mampu fara lakukan, fara berdoa agar dia sentiasa bahagia, itu sudah cukup bagi fara.


 

Kawan-kawan thanks sebab selalu bahagiakan fara dan selalu buat fara happy :) Dalam hidup fara hanya ada seorang sahaja yang dapat memahami fara iaitu ibu fara. Ibu dapat baca apa yang fara sedang lalui. Ibu selalu menasihati fara dan memberi kata-kata semangat kepada fara :) Kdg-kdg tu ibu tiba2 sms fara, ibu ckp ibu tahu ank ibu tengah sedih, jangan sorok-sorok. Fara terus tersenyum bila ibu ckp mcm tu. Hmm memang sunyi hidup ini pd permulaannya, tapi kehadiran keluarga dan rakan-rakan , Fara kembali ketawa. Terima kasih buat semua ye. 




No comments:

Post a Comment