Follow Me

FARAH'S KITCHEN CORNER : RESIPI BANANA DELIGHT


Assalamulaikum :D

Hai semuaaaa…lama kan Fara tak update blog Fara, hmm maafla Fara sangat sibuk sekarang ini. Tapi tapi tapi Fara tetap tidak akan lupa anda semua,. Pada hari ini 5 Mei 2013 adalah hari mengundi bagi PRU ke-13 bag Negara MALAYSIA. Hmmm cik Fara ni tak pergi mengundi ke? Ehh, Fara belum cukup umur lagi lah nak mengundi, hehee.. cuba teka berapa umur Fara. Hahahaa….Eh, membebel pulak Fara ni, orang nak tahu resipi masakan awak la..

Huhuuu…hari ini Fara mencuba satu resipi baru iaitu BANANA DELIGHT nyum nyum nyum  :D Okey, mula-mula kita sediakan bahan-bahannya dahulu.



Bahan-bahan:
Madu
Air
Kismis hitam
Pisang
1 tin susu cair
Minyak masak untuk menggoreng
Gula secukup rasa

Cara-cara membuat :

1       Mula-mula kita celup pisang ke dalam madu.
2         Panaskan minyak dan masak pisang yang telah kita celup dalam madu tadi hingga bertukar keperangan.
3         Untuk buat sos pula, kita masak gula bersama air. Kacau hingga hancur.
4         Tuang susu cair dan biarkan hingga mendidih.
5          Lepas itu, masukkan kismis hitam dan biarkan seketika dan angkat.
6          Dah siap dah, boleh makan pisang yang telah digoreng tadi bersama sos susu tadi.

SELAMAT MENCUBA :D

No comments:

Post a Comment