Follow Me

Video Yang Menyentuh Hati (RINDU IBU AYAH)

Assalamualaikum semua :) Kali ini fara nak tunjukkan satu video yang menyayat hati fara,. Sebelum itu, fara nak tanya, korang semua rindu tak dekat ibu, ayah dan family korang? mesti rindu kan...hmm kalau fara tuhan je yang tahu betapa fara amat merindui mereka.. :') Ibu dan ayah adalah nadi bagi kita. Tanpa mereka siapalah kita. Jom saksikan satu video yang amat menyentuh perasaan fara ini. Fara rasa selepas korang tengok video nie, pasti korang terus teringat dekat ibu bapa korang :) Oleh sebab, ada masalah sedikit, fara tak boleh nak upload video dlm blog nie..tapi korang boleh tengok dkt link nie :)


                         

Macam mana? sedihkan... :') Pengajarannya, kita perlulah menghargai dan menyayangi ibu bapa kita selagi mereka masih ada. Tiada siapa pun yang dapat menandingi kelembutan belaian daripada mereka kan.



Fara percaya setiap orang mempunyai kenangan manis bersama-sama ibu bapa kita kan. Cuba ingat semula perkara yang paling manis sekali yang pernah korang lakukan dgn ibu bapa korang. :) Hah! senyum sorang2 la tu hehe... Hmm tapi pasti juga korang pernah menyakiti perasaan mereka kan. Hmm cepat2 minta maaf sebelum terlambat.





RINDU tak dekat ibu dengan ayah? kalau rindu, bacalah doa untuk ibu bapa ni... doakan untuk kesejahteraan mereka :')


Ibu, ayah... maafkan segala kesalahan anak mu ini, telah banyak ana kecilkan hati ibu dengan ayah. Ana berjanji akan membahagiakan ibu dengan ayah :)



Sempena untuk menyambut hari lebaran yang bakal tiba beberapa hari saja lagi, Fara dan keluarga ingin mengucapkan 

SELAMAT HARI RAYA AIDLIFITRI MAAF ZAHIR & BATIN


Terima kasih kerana sudi singgah di blog Fara :) 

APA ITU CINTA?

Assalamualaikum buat pembaca-pembaca semua. Hari ni Fara nak cerita dekat korang semua tentang Apa Itu Cinta ?? Kenapa tiba-tiba Fara nak cerita pasal cinta ni,? Fara dah jatuh cinta ke? Eh2, tak adala. Fara belum bertemu lagi dengan cinta sejati Fara. Baiklah, apa yang korang faham tentang cinta sebenarnya? Dalam post kali ni, Fara hanya nak bercerita tentang cinta pada pandangan Fara sahaja.


Cinta? Love? Kasih Sayang? Setia? Jujur? semuanya berkait rapat kan. Tidak lengkap cinta seseorang itu jika tiada semua ini. Tidak salah untuk bercinta tetapi kita perlu tahu batasan-batasannya kan. Semua orang pasti pernah merasai bagaimana perasaan anda apabila telah jatuh cinta pada seseorang. Terasa mcm kita ni tak jejak dekat bumi kan. haha :D apelaa~~ 


Pada pendapat Fara, cinta itu adalah perasaan seseorang terhadap orang yang paling dia sayangi. Dia ingin menjaga orang tersebut sepenuh hatinya, seumur hidupnya. Dia akan sentiasa mengambil berat tentang diri orang yang dia sayangi tidak kira apapun yang berlaku. Tetapi kdg-kdg cinta itu kecundang setelah mendirikan rumah tangga. Kenapa itu berlaku? Mungkin perasaan cinta itu telah hilang.


Fara ada satu kata-kata menarik untuk korang nie, ( Setiap masjid yang didirikan oleh setiap pasangan pasti ada kisah cinta mereka yang tersendiri, walaupun masjid itu dibina atas pilihan keluarga ) Fara cipta kata-kata ni sbb cinta itu satu anugerah dpd Allah. 


Bila korang rasa korang telah jatuh cinta? senang je, bila korang nak tidur, pasti korang ada terfikir seseorang kan? Mungkin juga korang suka dekat dia.



CINTA yang sejati adalah cinta yang membawa kepada ikatan yang sah dan kekal selama-lamanya. Alhamdulillah, selesai sudah cerita tentang cinta ini. Mungkin banyak lagi yang perlu dipelajari kerana Fara masih muda utk bercinta, kalau ada silap-salah harap dimaafkan yea. Terima kasih kerana sudi membaca entry fara kali nie. :')


SELAMAT MENYAMBUT RAMADAN AL-MUBARAK 


-SNOW's KIDS-

hye blogger semua, sebelum baca entry fara yang baru nie, fara cdgkan anda semua buka link nie n dgr lagu nie,(http://www.youtube.com/watch?v=LPPCznEuhOM barulah ada feel masa baca blog fara :) hehe, lamakan fara dah tak update blog fara,, awak semua sihat tak?? fara, alhamdulillah dah sihat,, fara sakit ke? tak de la, fara sakit biasa-biasa je :) okey, kali nie fara nak tunjuk dekat awk semua tentang anak-anak fara... oppss anak-anak?? hehe, anak-anak kucingla...Ingat tak dulu, fara ada cerita tentang SNOW, kucing kesayangan fara yang dah lama tinggalkan fara buat selama-lamanya... :'( uwwmm tp SNOW kan ada tinggalkan anak dia :) tanggal 1 Mac 2012, ank-ank SNOW telah selamat dilahirkan, sepatutnya 4ekor tp seekor tak dpt diselamatkan, hanya 3 ekor yg dpt dilahirkan, kesemuanya jantan... nak tengok tak meow2 nie?? meh,meh tengok sinie....


TADAAA !!!!

SHIRO-RENNOW-GARY


hehee,, COMEL tak? yang tengah-tengah tu la buah hati fara,, kalau fara sedih ke happy, dia lah peneman fara,, tidur sama2, makan sama2, gaduh pun sama2... hehee hari tu, dia ada buat nakal kat fara, fara geram fara tampar dia, lepas tu kan dia merajuk dgn fara, tak nak dtg pun dkt fara kalau fara panggil,.. hehe senang je pujuk dia, bagi makanan yg dia suka, laju je dtg :D hahaa... RENNOW-RENNOW ;D

;) RENNOW-FARAH ;)


SHIRO pula sangat kuat makan... makan je keje dia,, hehe tp fara tak kisah asalkan dia sihat... lps makan mestila tidurkan... nanti fara tunjukkan gelagat SHIRO tidur dekat tepi mesin basuh baju yea.. kelakar-kelakar... kdg-kdg SHIRO nie garang, suka cakar orang... lepas tu mulut dia tak reti nak diam, bising je :D .. hahaaa...








okey,, sekarang fara nak cerita pulak tentang GARY,... GARY nie sgt pendiam dan suka control MACHO hahahaa... tp jangan main-main, nmpk je diam, sekali cakar huh boleh luka :D ... lepas tu si GARY nie suka buat hal sendiri,, tak campur sgt dgn kitorang semua :D GARY yang paling manja sekali... suka dibelai dan dimanjai.. cewaahh :D...


KASIH SAYANG ANTARA IBU DAN ANAK


KASIH SAYANG ABG DAN ADIK





Merekalah pengubat hati fara,, fara tak rasa bosan apabila dekat rumah sebab fara suka melayan karenah diorang nie semua :) mereka nie sudah menjadi sebahagian daripada keluarga kami, mereka yang menceriakan kami sekeluarga semua tak kira siang dan malam... :')

 snow dalam kenangan :)
TERIMA KASIH SNOW, SCOOBY, GARY, RENNOW, SHIRO sbb gembirakan kehidupan fara ;') 
terima kasih juga kpd yang sudi membaca kisah kami :)

I LOVE YOU SO MUCH :')

ROTI YANG ANDA TAK SANGGUP NAK MAKAN

heheee..... hari ni Farah bukan nak cerita tentang kisah hidup Farah,,,tapi Farah nak tunjuk dekat korang.. rupa-rupa roti yang mesti korang tak sanggup nak makan... mungkin sebab terlalu comel atau mungkin juga korang geli kut hehe.... JOM-JOM kita tengok gambar-gambar roti yang comel-comel ni :)











Dah tengok dah? Comelkan :) Rasa-rasanya korang nak ke tak makan roti-roti nie?? heeee..... SELAMAT MENCUBA !!

JOM CANTIK GUNA BAHAN ALAMSEMULAJADI

yuhuuuu kawan2 perempuan fara....nak tak cantik tanpa guna produk-produk kecantikan?? mesti nak kan =) hehee....sbb cara nie tidak berbahaya sebab guna bahan-bahan semula jadi je,,,fara pun ada juga amalkan sikit-sikit....tapi kalau korang ada allergic atau ada dpt effect ke,,jgn teruskan tau...mungkin tak sesuai dgn diri korg... kalau berkesan alhamdulillah....insyaallah petua-petua nie dpt membantu korg hehehee =)


Nak kempiskan perut
* Kalau makan nasi jgn disulami dgn air.Ini nak elakk perut korg buncit. Sebaiknya minum air dua atau tiga jam lepas tu tau.

Serikan Wajah
* Ambil sedikit air dan selawat 3kali. Lepas tu sapu dekat wajah korg tiap-tiap pagi. Insyaallah wajah korg nnti berseri-seri.

Kulit muka berminyak
* Parut buah epal hingga halus. Kemudian sapukan pada muka, biarkan selama 15minit. Lepas tu cuci dengan air suam. Buat 3kali seminggu.

Melicinkan kulit wajah
* Pernah makan yogurt tak? hehee mesti pernahkan... korg ambil yogurt yang asli, lps tu sapu dekat muka mcm masker. Biarkan beberapa minit, lepas tu cuci dgn air suam. Amalkan 3kali seminggu.

Nampak awet muda
* Lepas bangun tidur terus minum air. Tapi pastikan korg buang air kecil lps tu, sbb ianya membersihkan segala kotoran dalam badan korg.
* Selain tu, korg boleh la urut muka korg dgn sebut A,B,C,D...... sampai habis masa lepas bgun tidur dan sebelum tidur.

P/s :: petua-petua ni fara dapat dari pendapat kwn2 fara...kalau ada apa-apa effect jgn amalkan tau...
SELAMAT MENCUBA KAWAN-KAWAN =D

RAHSIA KUNTUMAN BUNGA ROS

Hai,lama fara tak post apa-apa dalam blog nie....kali ni nama blog fara dah lain tau,,,dulu simerahjambustory.blogspot.com tapi sekarang fara dah tukar jadi romanticaofroses.blogspot.com :) kenapa fara tukar? sebab fara dah jatuh cinta ke? tiba-tiba jd bunga ros nie hahaa...tak dela,,fara tukar sebab fara suka bunga ros dan pada fara ros tu sangat romantik dan tenang.


ros memang selalu dikaitkan dengan percintaan kan. kenapa ye? nanti fara tunjukkan rahsia ros yang berkaitan dengan cinta . Sebelum tu fara nak citer sikit..kalau dekat kampungkan, bila turun kereta je,,fara dah bau dah keharuman bunga ros yang nenek fara tanam...hehee ape lagi fara mesti petik la...lps tu nenek fara senyum (tanda marah tu) hahahaa fara akan simpan bunga tu sampai la dia layu  =D k  la,,, meh sini fara tunjukkan tentang bunga ros nie......

Yang nie adalah rahsia disebalik bilangan bunga ros yang korang nak bagi dekat teman istimewa korg hehe ;)

1 kuntum bunga ros: 
Cinta hanya diterima untuk kamu je tau.

2 kuntum bunga ros:
Kedua-dua kita benar-benar cinta mendalam sedalam-dalamya

3 kuntum bunga ros:
Saya cinta kamu ( I LOVE U) la sng citer

6 kuntum bunga ros: 
Saya mahu jadi milikmu seorang

9 kuntum bunga ros:
Cinta sesama kita berpanjangan selamanya

11 kuntum bunga ros:
Hanya kamu seorang yang kucintai dalam hidupku (u are the only one)

12 kuntum bunga ros: 
Kepuasan dan keserasian bersama.(sehati bersama la katakan)

13 Roses
Peminat rahsia (secret admire)

24 kuntum bunga ros:
24 jam ingat dan cinta padamu (kalau ada 25jam mesti bg 25 kuntumkan)

33 kuntum bunga ros:
Aku cinta kamu dengan cinta yang mendalam.

36 kuntum bunga ros: 
Rasa cinta hadir kerana kamu datang pada ku.

44 kuntum bunga ros: 
Berkekalan dan takkan berubah.(wow!!) yeke nie??

50 kuntum bunga ros:
Cinta tanpa penyesalan (sesal dahulu pendapatan,sesal kemudian rugi-rugi)

56 kuntum bunga ros:
Cintaku

66 kuntum bunga ros:
Hubungan cinta yang berjaya.

99 kuntum bunga ros:
Cinta dan kefahaman jadikan cinta berpanjangan.

100 kuntum bunga ros:
keharmonian sepanjang abad, kekal sehingga akhir hayat.

101 kuntum bunga ros:
Tiada cinta lain melainkan kamu.

108 kuntum bunga ros:
Kahwiniku! (will u marry me)

111 kuntum bunga ros:
Cinta sejati.

123 kuntum bunga ros:
Kebebasan cinta (bukan bebas buat apa-apa tau)

144 kuntum bunga ros: 
Cinta kamu setiap hari dan malam berpanjangan

365 kuntum bunga ros: 
Ingat dan sayangkan kau setiap hari

999 kuntum bunga ros:
Cinta berkekalan dan sejati.

1001 kuntum bunga ros:
Cinta sejati selama-lamanya (amiiinnn.....)

ada tak perempuan bagi lelaki bunga ros merah sekuntum or sejambak gitu ????

HARI PALING MENYEDIHKAN 05.02.2012 PEMERGIAN KUCING KESAYANGAN FARA -SNOW-


kali pertama fara nampak SNOW dekat kampung ,fara jatuh hati dekat SNOW,....fara terus paksa ibu untuk ambil SNOW, fara jaga SNOW baik2,,,,
sejak fara single,,,SNOW yg sentiasa menemani fara.....SNOW dengar segala luahan hati fara....tidur bersama, main bersama, makan pun bersama heheeee :) SNOW setia dengan fara...
kalau malam2,,,bila SNOW sakit perut...mesti fara bangun dari tidur tukar pampers sayang kan......nak pergi mana2 fara kiss SNOW dulu.....bila fara balik...SNOW dah tggu fara....
cuti hari raya cina hari tu tak sangka hari terakhir kita bersama....fara sedih sangat2 sebab sebelum balik uthm,,,fara lupa nak kiss n peluk sayang....fara nak patah balik tp dah jauh..... bila tiba u,,fara rasa tak sedap hati...ibu cowl SNOW masuk wad.....SNOW sakit buah pinggang....seminggu SNOW dekat situ,,,masa ibu tengok dia...dia dah tak kenal sesiapa lagi...sampai fara balik cuti nie,,,fara tak sempat nak tengok SNOW,,, bila fara terbangun dari tdur masa petang semalam ,,,ibu kata ibu dah tanam dia.....dia mati pkul 3pg semalam...SNOWWW!!! KENAPA TINGGALKAN FARA!! SEMALAMAN FARA NANGIS....FARA RINDU SNOWW.....hanya satu harapan fara..SNOW datangla dalam mimpi fara yea.....fara nak kiss n peluk SNOW buat kali terakhir....sekarang nie fara tggu saat anak SNOW dilahirkan ... SELAMAT TINGGAL SAYANG~~FARA SAYANG KAMU~~