Follow Me

FARAH'S KITCHEN CORNER : RESIPI BANANA DELIGHT


Assalamulaikum :D

Hai semuaaaa…lama kan Fara tak update blog Fara, hmm maafla Fara sangat sibuk sekarang ini. Tapi tapi tapi Fara tetap tidak akan lupa anda semua,. Pada hari ini 5 Mei 2013 adalah hari mengundi bagi PRU ke-13 bag Negara MALAYSIA. Hmmm cik Fara ni tak pergi mengundi ke? Ehh, Fara belum cukup umur lagi lah nak mengundi, hehee.. cuba teka berapa umur Fara. Hahahaa….Eh, membebel pulak Fara ni, orang nak tahu resipi masakan awak la..

Huhuuu…hari ini Fara mencuba satu resipi baru iaitu BANANA DELIGHT nyum nyum nyum  :D Okey, mula-mula kita sediakan bahan-bahannya dahulu.



Bahan-bahan:
Madu
Air
Kismis hitam
Pisang
1 tin susu cair
Minyak masak untuk menggoreng
Gula secukup rasa

Cara-cara membuat :

1       Mula-mula kita celup pisang ke dalam madu.
2         Panaskan minyak dan masak pisang yang telah kita celup dalam madu tadi hingga bertukar keperangan.
3         Untuk buat sos pula, kita masak gula bersama air. Kacau hingga hancur.
4         Tuang susu cair dan biarkan hingga mendidih.
5          Lepas itu, masukkan kismis hitam dan biarkan seketika dan angkat.
6          Dah siap dah, boleh makan pisang yang telah digoreng tadi bersama sos susu tadi.

SELAMAT MENCUBA :D

Kenangan Manis di Rumah Wahin

Hai semua, kali ini Fara nak share kenangan manis bersama kawan-kawan Fara di rumah Wahin. Masa ini kami pergi ke rumah Wahin sebab dijemput untuk ke Majlis Perkahwinan kakak Wahin. Tema perkahwinan kakak Wahin adalah Pink + Biru. Sangat sweet dan cantik.

Pelamin berkonsepkan Garden.


Pada hari itu Fara menggayakan tribal shawl berwarna Pink (warna kegemaran Fara), peplum tops berwarna Beige (koleksi daripada butik online Fara sendiri FASHION FRENDDY) dan dipadankan dengan beg tangan istimewa berwarna Pink bercorak Leopard (pemberian istimewa daripada IBU Fara sendiri).




Kami bersama pengantin perempuan. 


Ini semua Housemate Fara. Yang tengah-tengah tu la Wahin, tepi sekali Nadhirah panggil Nad je, yang paling tinggi tu Syafinas. :) Diorang ni semua sweetheart Fara.


Yang ini pula Ex-Housemate Fara, Ayu namanya seayu orangnya kan :)


Yang kecil molek ni Nadhirah. Cantik dan sweet je :)


Fara akan sentiasa merindui you all semua. Kenangan manis kita bersama tidak dapat Fara lupakan :) 

My Cousin's Wedding

Hai semuaaa. Entry kali ini Fara nak share gambar-gambar Fara ketika Majlis Perkahwinan sepupu Fara. Kami semua panggil dia Angah. Pasangannya Kak Ija berasal dari Perak.. Wuuuuu, jauhkan bukan main lagi Angah eah..heheee.. okeyla Fara tak nak cerita panjang-panjang, sbb anda semua mesti lebih suka tengok gambar kan :) heheee....

Tema wedding ini adalah chocolate gold. Ada macam arabic sedikit, ada macam ala Jawa sedikit.




Pada majlis tersebut Fara menggayakan Peplum Dress berwarna Chocolate Gold dan Shawl Tribal by Naella. 




Cukup meriah pada hari itu. Memang best sebab semua ahli keluarga dapat berkumpul dan berjumpa.

 

Hah!! Inilah benda yang paling banyak Fara makan time tu. AYAMMM GOLEEKK..sedap woaa !!!


Mesti ramai yang tak sabar nak tengok pengantinnya kan..tadaaaaaa !!! 

Pasangan pengantin menggayakan busana ala Jawa ketika Malam Berinai.


Ketika bersanding pula mereka memakai busana berwarna cream + gold. Sangat cantik. Hahahaaa yang pengapit perempuan tu abaikan yea. 


Majlis Khatam Al-Quran


Pelamin ini memang Fara suka sangat sebab tu tak habis-habis posing jer tahu. Habis bunga pengantin pun Fara main.


Ini Fara bersama sepupu Fara daripada Perak. Nama dia pun Fara. :)



Akhir sekali, Fara nak ucapkan Tahniah dan Selamat Pengantin Baru buat Angah dan Isteri. Semoga anda berdua bahagia hingga akhir hayat. Cepat-cepat dapat Baby heheee nak main Baby tu nanti. Bila agaknya tiba giliran Fara kan. Eh??? hahaaa belum ada yang mencuri hati ini lagi. Insyaallah.




















CELEBRATING NEESA'S BIRTHDAY

Assalamualaikum. Yuhuuuu semuaa :) Tanggal 3hb Februari 1993 kak Neesa dilahirkan. heheee, kami celebrate sabtu malam, haha awal sikit. Hari tu kami semua telah buat surprise dekat dia. Hahaha macam-macam lakonan direka supaya kak Neesa tak tahu. Kali ni memamng betul-betul menjadi lakonan kami semua :) hahaa.... Okeyla Fara nak kongsi gambar-gambar kami semuaaaa :)


                                             Chocolate Indulgence by Secret Receipe


Pada malam itu Fara menggayakan simple style. Brown pants with belt, white rosey blouse, maroon shawl and florish crumple mustard shawl. Dipadankan juga dengan white wedges. :) Actually this style suitable for spring :) 


Introduce my brother and sister.



Natasha pula menggayakan grey blouse, black maxi skirt dan gabungan tudung bawal merah serta pasley shawl :) So sweet :)

Okeeyyy nexxttttt adalah gambar-gambar HAPPY MOMENT ;) 


Hahahaaaa ni la BUFDAY GIRL kitaaaa... NEESA AWAL.. Kesian dia mandi tepung dan telur yea.. praankk !! praannkk !! busukkk !! tahan je duk sebelah ni hahaaa jangan mara yea kakak.. :P 


One Two Three tiuppp lilinnyaaa :) Tak dapat lupakan time ni, kesian Neesa terkejut sangat-sangat hahaaa..


HAPPY BIRTHDAY KAK NEESA. 
Dah 20 tahun dah akak hehe..Selamat Datang ke alam 20 an muehehe. Fara doakan Neesa sentiasa dimurahkan rezeki, always be happy, berjaya di dunia dan akhirat dan cepat-cepat dapat jodoh hehe nak makan nasi minyak nie :P hahaa


COLOUR OF THE 2013 : EMERALD

WOW !!!! Hai semua, waahhh dah hampir sebulan kita di tahun 2013 kan. Tapi Fara baru je nak update blog Fara di mana ini adalah post yang pertama untuk tahun ini :) Untuk kali ini, Fara akan menceritakan serba sedikit tentang tema warna bagi tahun 2013.


For 2013, Pantone the self-proclaimed "world-renowned authority on color and provider of color system, " has officially come out declaring the color of 2013 is Emerald atau lebih dikenali dengan warna Hijau Zamrud.


Warna Emerald adalah warna yang striking dan mempunyai kesan yang elegant kepada si pemakai. Warna ini sangat sesuai jika dipadankan dengan warna rona yang lebih gelap seperti hitam tetapi juga sesuai jika ingin dipadankan dengan warna putih. 


Ramai pereka fesyen kini sedang mereka pakaian berwarna hijau emerald ini tidak kira sama ada baju pengantin, mahupun beg tangan atau kasut.





Untuk semua peminat fesyen, Fara cadangkan anda sudah boleh mecari koleksi-koleksi terbaru anda sekarang. Yang penting ianya berwarna Emerald bagi menampakkan lagi imej gaya fesyen terkini anda.  

"EVERYDAY IS A FASHION SHOW & THE WORLD IS YOUR RUNWAY"



URBAN DENIM PORTRAITURE PHOTOSHOOT

Alrightt, semalam Fara dah janji kan nak share dekat anda hasil-hasil photoshoot kami. Sebelum itu, Fara nak beritahu siapakah photographer-photograher yang terlibat. Photographer yang terlibat adalah Ahmad Zaidi dan Areteam. Ini adalah page mereka, anda boleh lihat hasil photography mereka.



Make up by : Shahirah Al-Shahab 

Okeyhhh,.. time to show the resultssss !!! :)
















DONE !!!! Thank You to all crews :)